KESAN PENJAJAHAN
BRITISH DI TANAH MELAYU
a. Perkembangan sektor kesihatan bandar dan
luar bandar
Masyarakat Melayu
sebelum kedatangan penjajah British kebanyakannya mengamalkan perubatan secara
tradisional dan bergantung kepada pawang atau bomoh untuk mengubati penyakit.
Penjajahan British di Tanah Melayu telah memperkenalkan sistem perubatan moden
dengan adanya doktor, jururawat, klinik, palang merah dan pusat-pusat
kesihatan. Penubuhan pusat-pusat kesihatan pada peringkat awal adalah untuk
membantu mengubati pekerja-pekerja ladang dan juga penduduk tempatan yang
mengidap penyakit Malaria, beri-beri, taun dan sebagainya. Walaupun pada
peringkat awal ia tidak mendapat sambutan daripada penduduk Tanah Melayu,
lama-kelamaan semakin ramai orang kampung telah mengunjungi dispensary atau
pasukan perubatan bergerak untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan. Lama
kelamaan pusat-pusat kesihatan ini telah berkembang daripada bandar ke kawasan
luar bandar.
b. Perkembangan sekolah-sekolah Vernakular
Melayu dan Inggeris
Setelah
kedatangan penjajah British, beberapa sekolah vernakular diperkenalkan seperti
penubuhan Penang Free School yang merupakan sekolah Inggeris pertama dibina di
Tanah Melayu. Selain itu terdapat juga sekolah Melayu, Sekolah Cina dan Sekolah
Tamil dibina untuk kemudahan penduduk Tanah Melayu mendapatkan pendidikan.
Walau bagaimanapun, kebanyakan sekolah-sekolah ini tertumpu di kawasan bandar.
Manakala pendidikan tinggi bagi orang Melayu juga telah ditubuhkan oleh pihak
British iaitu MCKK atau Malay College Kuala Kangsar (khas untuk golongan
aristocrat Melayu) dan MPSI atau Maktab Pendidikan Sultan Idris.
Gambar 1: Maktab
Pendidikan Sultan Idris
c. Kewujudan kawasan bandar
Masyarakat Tanah
Melayu sebelum penjajahan British kebanyakannya tinggal di kawasan pedalaman,
kampung-kampung dan juga di sepanjang sungai.. Kedatangan British telah
mengubah lanskap atau
demografi Tanah Melayu apabila wujudnya kawasan bandar akibat perkembangan
pesat perlombongan bijih timah dan getah. Pihak British membina infrastruktur
seperti kemudahan jalan raya, jalan keretapi serta pelabuhan. Kawasan ini juga
dijadikan pusat pentadbiran British dengan kelengkapan telegraf, bangunan
pentadbiran, sekolah dan sebagainya. Contoh bandar yang diwujudkan ialah Kuala
Lumpur dan Jesselton atau Kota Kinabalu.
Gambar 2: Kuala
Lumpur
Gambar 3:
Jesselton atau Kota Kinabalu
c. Kemunculan masyarakat majmuk
Pihak British
memberi ruang kepada orang Cina dan India untuk berhijrah ke negara ini pada
suatu masa dahulu. Pada masa itu buruh-buruh daripada China dan India di bawa
masuk ke Tanah Melayu untuk bekerja di lombong bijih timah dan ladang getah
kepunyaan British. Suasana politik di negara asal yang tidak stabil menyebabkan
buruh Cina dan India datang ke Tanah Melayu untuk mencari rezeki. Justeru itu,
pada awal tahun 1920-an hingga 1930-an telah menyaksikan kemasukan buruh-buruh
dari China dan India yang ramai ke Tanah Melayu. Bermula dari sinilah wujudnya
masyarakat majmuk di Tanah Melayu dengan kehadiran orang Cina dan India yang
akhirnya menjadi penduduk tetap Tanah Melayu.
Gambar 4: Masyarakat Majmuk
Rujukan:
Lisa Yip Shukye & Jais bin Abdul Hamid.(2013).Sejarah Politik Malaysia Sehingga Abad Ke-20.Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd
Mohd. Zariat Abdul Rani.(2006). Kehadiran Barat Dan Kesannya Terhadap
Kesusateraan Melayu. Pengajian Melayu Jld.17